MGG:3201 Perdana Menteri Tua
‘Yang Keletihan’? (Is
The Prime Minister A ‘Tired Man’) (Sila
baca komen penterjemah di bawah) Seprti
pemimpin di Malaysia yang lainnya, Perdana Menteri memang mudah diwawancara oleh terbitan asing kerana mahu
menonjolkan imejnya. Dia tidak akan memberi ruang untuk diwawancara oleh terbitan tempatan
melainkan untuk memperbaharui
penonjolan imej bahawa dialah pemimpin terunggul yang tidak ada
bandingannya. Inilah imej yang mesti disogokkan kepada minda rakyat Malaysia.
Sebenarnya, dia begitu terpinggir sehinggakan di Malaysia pun tidak ramai orang mahu mengadakan wawancara
dengannya. Kerana itu, apabila Asiaweek
mengemukakan cadangan bertemu beliau, dia pun melompat dengan penuh
keghairahan. Saya sendiri tidak faham
kenapa. Hasil wawancara itu telah
menhancurkan pandangan perdana
menteri itu seperti yang dia mahu kita yakini. Tujuan asalnya ialah untuk
memperkokohkan kepercayaannya betapa
dunia telah silap mengadilinya. Sedangkan apa yang telah diluahkannya itu
adalah gambaran perasaan seorang tua yang keletihan yang telah tercangguk
dalam jerat yang dipasangnya sendiri
tanpa kemampuan melepaskan dirinya lagi. Keadaan
kesihatannya bukanlah baik sangat.
Dia mudah terperusuk di kerusinya. Otaknya selala bercelaru, dan dia mudah
merasa keletihan. Tetapi, insan yang sudah berusia 75 tahun memang mempunyai
segala ciri-ciri ini dan mungkin lebih teruk lag. Dia memang kerap
disajikan hidangan yang tidak mudah
ditelannya, tambahan pula kalau hidangan itu disediakan mengikut resipi
masakannya: itulah kerja-kerja jijik yang mengaibkan timbalan perdana meneri,
Dato Seri Anwar Ibrahim. Inilah satu tindakan yang telah menghancurkan segala
usaha yang baik-baik yang pernah dilakukannya selama dua dekad dia berkuasa.
Apa lagi yang akan dilaksanakannya, tidak kiralah betapa unggulnya usaha itu, dia akan terus
disumpah-seranah oleh rakyat marhaen
dan seterunya sejarah negara kerana kesilapan itu. Dua tahun selepas membuat
kesilapan bear itu, sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama berubah.
Pandangannya mengenai dunia sentiasa merudum. Apakah yang mampu dibuktikannya melalui wawancara dengan Asiaweek itu? Pada
hakikatnya, wawancara yang
dilakukan bersama lebih daripada seorang
penemuramah memang satu majlis yang mudah mencetuskan kesulitan. Seseorang
hanya mampu mengawal suasana itu kalau seseorang itu berada dalam keadaan
yang cergas. Mahathir sudah tidak
mempunyai kecergasan itu. Dia mudah merepet, tidak lagi berfikir dulu sebelum
mengeluarkan jawapannya dan bercakap seolah-olah dia berdepan dengan
wartawan tempatan yang akan diawasi
oleh penyelia media Mahathir sebelum hasil tulisannya itu boleh diterbitkan.
Mahathir tidak boleh melakukan semua itu terhadap wartawan asing, walaupun
dia kerap melakukannya terhadap wartawan tempatan. Masalahnya muncul
disebabkan Mahathir terlalu seronok mendengar suaranya sendiri. Itu sebabnya
dia seuka merepet meleret-leret sedangkan ada ketikanya dia mesti diam
membisu sahaja. Cerita utama Asiaweek itu
telah menarik penelitian pembaca terhadap Malaysia dan wawancara tiu
telah memperakukan betapa Malaysia
kini sedang hanyut ke arah satu
banjaran gunung airbatu yang tenggelam, kesan daripada kepimpinan seorang
manusia berhati syaitan. Melalui wawancara itulah Asiaweek dapat mendedahkan
betapa teruknya keadaan sebuah negara yagn sedang hanyut itu. Mahathir
memang terlalu pintar untuk tidak menyedari semua kejijikan itu. Jadinya, dia
menuduh Asiaweek bukannya kerana apa
yang telah ditulis dan dipaparkan
tetapi kerana mengambarkan dirinya sebagai seornag tua yang keletihan.
Dia menuduh Asiaweek kerana sengaja
memilih gambarnya yang herto-merot.
Tetapi, bukankah dia dan juga para pengampunya yang membenarkan gambar-gambar
itu digunakan? Para edito yang memilih gambarnya itu berasaskan jalan cerita yang mereka paparkan,
bukannya untuk menunjukkan seorang perdana menteri yang kelihatan kacak dan
tampan. “Mereka terlalu mesra degan saya sehingga saya pun terpedaya.” Begitu
mudah sekali seorang perdana menteri digoda oleh tiga orang wartawan.
Bagaimana pula kisah Anwar yang
dicetuskan oleh beberapa insan yang mampu mengkotak-katikkan beliau untuk menghancurkan bekas timbalannya itu
tanpa beliau menyedarinya terlebih dulu? Di
sebalik kisah gambar itu, wawancara
itu telah memalukan Mahathir dan juga pentadbirannya. Reaksinya hanya
memburukkan keadaan. Inilah yang menyebabkan edisi Asiaweek Januari 26 itu
akan diulangcetak lagi. -MGG
Pillai- Komen
Mahathir dan para juaknya muncul hanya satu minggu selepas Laman Web
Reformasi menerbitkan artikel asal dan juga terjemahannya. Rakyat marhaen
terutama sekali orang Melayu telah terlebih dulu sedar akan kandungan
Asiaweek sebelum majallah itu muncul di kedai. Tetapi, kalau pentadbiran
Mahathir betul-betul cekap, mereka sudah mampu menyekat pengedaran majallah
itu seperti yang dilakukannya dulu-dulu. Kegagalannya melakukan tindakaan ini
sekarang, menunjukkan betapa Mahathir dengan kumpulan bajingannya hanya mampu
berlagak garang kepada terbitan
tempatan sahaja. Mungkin
Mahathir kena ambil kumpulan penguatkuasa MPSJ untuk tugas ini. –MT- |